February 2008


Alhamdulillah, saya selamat tiba di Adelaide.

“Cap, start la packing daripada sekarang. Nanti tak kelam kabut.” kata Mama padaku beberapa hari sebelum keberangkatan ke Adelaide.

Aku hanya mengangguk, tanda setuju. Tapi realitinya anggota badanku begitu berat untuk berbuat demikian. Bukan kekurangan tenaga yang menjadi faktor, bukan kesedihan meninggalkan tanah air yang menjadi alasan, tapi kesayuan hati meninggalkan orang-orang yang dikasihi menyebabkan saranan Mama tidak mampu untuk kulakukan segera.

Demi perjuangan, aku teguhkan semangat. Hanya malam sebelum keberangkatan aku mula mengemas. Buku-buku ku susun dengan teliti, agar mampu mengoptimakan 30kg yang diperuntukkan untuk barang yang akan di-check in.

Agak malang, mungkin didikan daripada Allah buatku, akibat kelam kabut, aku tertinggal suatu barang yang agak penting, iaitu charger untuk laptopku. Sementara belum tiba charger laptop dari Malaysia, terpaksa kubiarkan sahaja laptop-ku tersadai seketika. Juga hal ini menjawab persoalan, kenapa aku sudah lama tidak mengupdate blogku.

Terima kasih kepada mama abah dan pihak yang membantuku dalam proses penghantaran charger. Moga Allah sampaikan charger itu.

Salam rindu buat mama abah.

shah2873

Advertisements

Semakin hampir ke saatnya, semakin bertambah kesayuan di hati. Hampirnya saya kepada saat yang bakal memisahkan anggota yang zahir dari mereka yang ku kusahi. Mama, Abah, dan mereka yang penting dalam kamus hidup.

Antara simptom kesayuan, seperti tiada mood, hiba dan sebagainya telah saya rasai bayangannya, sejak 1-2 hari yang lalu. Bayangkan malam ini saya akan berlepas dari KLIA, barang-barang masih belum dikemas ke dalam beg.

Setakat ini sahaja dahulu. Memandangkan banyak perkara yang perlu disiapkan pagi ini. Buat mama, abah, abang dan kakak, sahabat-sahabat seperjuangan, para ustaz ustazah yang pernah saya manfaatkan ilmu, dan kepada sesiapa yang berkenaan, saya ingin mengungkapkan Jazakumullah khair, moga Allah memberikan balasan yang baik buat anda semua sebagai tanda penghargaan saya atas jasa baik anda semua sepanjang percutian di Malaysia.

Doakan pemergianku diiringi keberkatan dan kejayaan.

img_0153-large.jpg

Keberangkatan ke Adelaide buat pertama kali, 2005

pict0025.jpg

Pemergian buat kali yang kedua, 2006 (bersama ibu dan kakak)

Program 1:

Seminar Al-Quran Menjana Kemajuan Sains dan Teknologi

Anjuran

Dengan Kerjasama

 

Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Karangkraf Sdn Bhd, dengan Majalah I sebagai majalah rasmi bagi seminar ini.

Tarikh & masa : 23 Februari 2008 bermula 0800H higga 1800H

Tempat : Dewan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur

Yuran : RM20 untuk pelajar dan RM23 untuk bukan pelajar

Ahli Panel :

 

Dr Jamnul Azhar Mulkan – Mukjizat Sains Dalam Al-Quran.

Prof Dr Mohd Yusof Hj Othman – Sains & Teknologi Dari Perspektif Islam.

 

Dr Danial Zainal Abidin – Al-Quran Membina Minda Saintifik.

Pembayaran : sila buat pembayaran atas nama Surau Jumaat Al-Jazari

                          no akaun : 14014010058785 (Bank Islam)

Urusetia :  

a. 012-4747453 (Zul)

b. 017-2904193 (Syafiq)

c. 012-4094408 (Joy)

 

Emel  : seminarupnm@hotmail.com

Kenderaan transit akan disediakan bagi peserta yang menaiki pengangkutan awam dari Stesen LRT Tasik Selatan ke tempat seminar.

Bagi peserta dikalangan pelajar, sila sertakan salinan kad matriks anda pada hari pendaftaran ataupun anda boleh emelkan kepada kami untuk pengesahan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20/2/2008

Bayaran merangkumi kertas kerja dan makan

 

SILA KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN

 

Borang pendaftaran hendaklah di fax ke nombor 03-9056 5911 atau email ke seminarupnm@hotmail.com

atau

 

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Penyertaan hanya akan diterima setelah pembayaran dibuat. Sila bawa sekali resit pembayaran pada hari seminar sebagai bukti pembayaran.

Lebih lanjut, sila lawati http://www.upnm.edu.my/media/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=72

2. Seminar Kekeluargaan

PROGRAM    :  Seminar Keluarga Muslim – Mencari Keberkatan Di Akhir Zaman
TARIKH         :   1   MAC 2008
HARI            :   SABTU
MASA          :   8.00 pagi – 1.00 t/hari
TEMPAT       : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA,GOMBAK
KERTAS KERJA:
1. HUBUNGAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM
oleh: Ust. Hasrizal Abd. Jamil http://www.saifulislam. com
Kaunselor, Institut Jantung Negara
2. PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA YANG DIBERKATI
oleh: Ust. Hj. Zaharuddin Hj. Abd. Rahman http://www.zaharuddin. net
Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
ANJURAN:
WAZIERA CENTRE,
PUSAT BIMBINGAN AL-QURAN, FARDHU AIN & BAHASA ARAB,
No.1-2, Jalan Pgn A/1, Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor
UNTUK PENDAFTARAN :
e-mel : wazieracentre@ yahoo.com
NO TEL ;019- 3326375
              019- 2518447
              012- 6533084
20hb Februari merupakan tarikh kepulangan saya ke Adelaide. Selain soal kesedihan meninggalkan ibu bapa tercinta, anak-anak buah yang cute mute, program-program yang menarik selepas 20hb Feb juga menyumbang kepada kesedihan di hati.
123739752l.jpg
Mama dan Danisya
Mungkin meninggalkan orang yang tersayang boleh diubati dengan “call”, surat, email dan sebagainya. Tetapi terpaksa meninggalkan program-program yang menarik seperti di atas, tiada ubat yang benar-benar berkesan.
638312286l.jpg
Danisya dan Haziq 
Tidak tahu mengapa, setiap kali saya mengiklankan program-program yang tidak mampu saya hadiri, saya berasa sedikit tenang. Benarkah dengan berkongsi mengurangkan tekanan?
184569611l.jpg
Hazim…
Bagi yang berkesempatan saya selaku promoter tanpa bayaran ingin menjemput anda semua untuk hadir ke program ini.

 

Kenyataan yang pelik (Pernahkah anda dengar?) 

“Mesti dia seorang pemimpin yang hebat. Muka dia kacak. Siap berjambang lagi…”

“Buku ini mesti menarik kerana kulitnya yang cantik…”

“Ini adalah sekolah yang bagus kerana pelajarnya kebanyakannya terdiri daripada orang-orang kaya…”

Pelik sekali kita mendengar ayat-ayat di atas. Hakikatnya kata-kata di atas hanyalah rekaan saya semata. Andaikan sekiranya anda menemui kawan anda yang membuat kenyataan seperti ini, apa respon anda?

Mungkinkah…

Tak tahu menilai langsung kawan aku sorang ni.

Penat-penat penulis buku yang hebat itu membuat kajian sebelum menulis, rupa-rupanya yang menjadi ukuran awak hanyalah kulit bukunya.

Dan macam-macam lagi yang mungkin pelbagai lagi reaksi daripada kita. Walau apa pun kemungkinan-kemungkinan respon yang bakal kita berikan, saya berpendapat ia tidak akan lari daripada kita mengatakan tentang kurang bijaknya orang yang berkata demikian kerana menilai sesuatu perkara dengan menggunakan kayu ukur yang salah.

Andainya aku dilantik…. 

dsc02677-medium.jpg

Kenangan bersama sahabat di KMB (tiada kaitan) 

Bayangkan kita dilantik menjadi pemimpin badan pelajar sebuah universiti. Setelah berhempas pulas kita bekerja, berwacana, berpidato, membuat kajian tentang isu-isu kolej yang bakal dilakukan perubahan dalam manifesto, rupa-rupanya bukan usaha itu yang pengundi nilaikan. Hanyalah paras rupa yang menjadi ukuran.

Mungkin tompok-tompok kebanggaan muncul di hati, “Pehh…orang cakap aku kacak…” Tapi sejauhmana kejayaan ini benar-benar bermakna buat diri kita?

Dengan penuh kesedaran bahawa setiap usaha demi manfaat manusia yang lainnya akan diberi ganjaran olehNya, tapi di dalam hati kita pastinya berasa kecewa, kerana sistem nilai pengundi telah jauh menyimpang daripada pemikiran yang matang selaku mahasiswa. Bahkan mungkin kita merasa lebih rela tidak diangkat menjadi pimpinan pelajar daripada diangkat semata-mata kerana paras rupa. Jiwa kita seolah-olah terpukul dengan bentuk “penghinaan” sedemikian…

Menilai kemantapan sesebuah organisasi Islam dengan kayu ukur yang benar

dscf0886.jpg 

Makan bersama 

Dalam entry sebelum ini, “Detik-detik hidupku 2”, antara penyumbang utama kepada ‘tersangkutnya’ penulisan itu, adalah kekhuatiran saya akan salah faham yang mungkin akan timbul selepas saya membincangkan tentang Ikhwanul Muslimin (IM) dan mimpi Ukh Zainab al-Ghazali.

Hakikatnya tulisan itu hanyalah ingin mengajak kita untuk menilai perjuangan IM dengan kayu ukur yang tepat, iaitu dengan kaca mata Al-Quran dan Hadith yang difahami dengan kaedah yang tepat. Sekiranya kita menilai kebenaran IM semata-mata pada mimpi tokoh-tokohnya, bayangkan sekiranya anda adalah tokoh di dalam IM yang telah berusaha sedaya upaya demi melaksanakan perjuangan berdasarkan petunjuk wahyu, tiba-tiba ada pihak yang hanya menyandarkan pada mimpi, apa perasaan anda?

Sepertimana kita akan berasa kecewa sekiranya kita dinilai dengan kayu ukur yang salah, perasaan yang sama akan terbit daripada hati-hati para pejuang dan pengkagum IM.

Nilailah sesuatu dengan kayu ukur yang tepat kerana ia tanda kematangan pemikiran kita dan juga tanda hormat kita pada mereka yang memperjuangkan “sesuatu” itu. Kaedah ini tidak sekadar terhad kepada isu IM sahaja, tetapi dalam segenap hal dalam kehidupan seharian.

Wallahu’alam

P/S: Baru sahaja membeli beberapa buku dari Pustaka Fajar Ilmu Baru. Antara buku yang baru dibeli:

  1.  Manhaj Harakah Kaum Salaf tulisan Abdul Rahman Abdul Khaliq (RM 6.50)
  2. Gerakan Islam Menongkah Cabaran oleh Mustafa Muhammad Tahan (RM 9.50)
  3. Iman dan Harakah – Kisah Ghulam oleh Hisyam Soqr (RM 12.00)
  4. Punca dan Penyelesaian Gejala Kafir Mengkafir oleh Yusuf Al-Qaradhawi (RM 2.60)

Tiba-tiba minat pula pada buku-buku haraki nih…

shah2873

Suasana Membaca yang menjadi pilihanku

man-reading.jpg

Insan yang membaca, sumber: smart-kit.com

Alhamdulillah, lebih kurang jam 6 petang tadi  (4/1) saya berjaya mengkhatamkan buku detik-detik hidupku karangan Zainab Al-Ghazali. Saya menamatkan bacaan di perkarangan tangga LRT stesyen Taman Bahagia. Sengaja saya mengambil masa untuk menghabiskan bacaan di luar rumah, kerana saya merasakan lebih mudah membaca di dalam gerabak LRT daripada di rumah.

Kenapa? Godaan internet, keempukan katil dan lain-lain benar-benar melambatkan kadar bacaan saya. Agak pelik saya rasakan, apabila kadar bacaan saya semasa hari-hari bekerja lebih banyak dari hari minggu. Heh, bukanlah bermaksud saya tidak menunaikan amanah kerja di pejabat, tetapi perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30-40 minit dari Stesyen Taman Bahagia, Alhamdulillah telah berjaya saya gunakan untuk membaca buku-buku yang baru dibeli.

Mimpi Ukhti Zainab di dalam buku detik-detik hidupku

Inilah perbahasan utama yang ingin saya sampaikan untuk entry kali ini. Usul ketiga daripada Usul 20 yang ditulis oleh Hasan al Banna rh ada membincangkan isu mimpi.

“Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara’. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas agama. ” (sumber:Persatuan Mahasiswa Islam UM, http://www.pmium.org)

Para ulama usul juga ada membincangkan isu mimpi yang dialami selain daripada Nabi dan Rasul, adakah ia bisa menjadi dalil dalam syariat? Kesimpulannya, mimpi selain daripada Nabi tidak boleh dijadikan landasan dalam syariat, walau sehebat mana sekalipun orang yang bermimpi. Wali Allah, ulama besar, mufti dan apa-apa gelaran bagi orang yang hebat tetap tidak menjadikan mimpi mereka sebagai sandaran dalam syariat.

Perbincangan tentang soal mimpi ini penting kerana antara kaedah yang digunakan oleh para pemuka ajaran sesat adalah dengan menyebar luaskan mimpi syeikh mereka, bahawa syeikh mereka telah berjumpa dengan Nabi saw, dan baginda telah mengajarkan kita akan sekian-sekian ibadat. Bahkan ada yang lebih melampau, dengan berdalilkan mimpi, ada para syeikh yang menghapuskan kewajipan bagi dirinya seperti solat, puasa dan sebagainya.

Berbalik kepada isu asal, di dalam buku ini, ada diceritakan bahawa ukh Zainab rh bermimpi berjumpa dengan Nabi saw bersama dengan Hasan al-Hudaibi rh, berjumpa dengan Aisyah ra dan lain-lain. Saya tak berniat untuk mempertikaikan kesahihan kisah ini, kerana saya yakin bahawa kisah mimpi itu benar. Walau bagaimanapun, isu yang ingin sama-sama kita bincangkan adalah bagaimana kita berinteraksi dengan kisah-kisah ini?

Perbahasan daripada usul ketiga dan kesimpulan ulama terhadap isu mimpi akan menjadi dasar bagaimana kita berinteraksi dengan kisah ini. Maka kita boleh bersetuju, bahawa mimpi-mimpi ukh Zainab al-Ghazali adalah anugerah Allah buat beliau, sebagai bantuan daripadaNya berhadapan dengan seksaan daripada puak yang zalim.

Namun, mimpi ini bukanlah dalil pengiktirafan kepada  Ikhwanul Muslimin (IM). IM tidak memerlukan mimpi untuk dibuktikan kebenarannya. Cukuplah neraca Quran dan Sunnah, dengan pemahaman salafus soleh (dengan kefahaman usul fiqh) untuk menilai kebenaran gerak kerja IM. Bahkan Nabi saw telah meletakkan syarat pengiktirafan yang terkandung dalam hadith tersebut,

“Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian.

Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan.

Maka bertanyalah para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku .” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1) (sumber:emran ahmad, http://www.al-ahkam.net)

Bersama kita hayati perjuangan IM dengan kefahaman ini. Bahkan Hasan al-Banna juga telah menyusun usul 20-nya, semata-mata untuk memudahkan para ahli IM dan mereka yang ingin memahami perjuangan IM sebagai syarat memenuhi rukun faham sebelum memasuki lapangan gerak kerja.

Kemahiran mempersembahkan ilmu…

Saya telah menyiapkan entry ini 2-3 hari yang lalu. Namun kemahiran mempersembahkan ilmu dalam penulisan tidak semudah yang saya sangkakan. Dengan berpegang bahawa setiap penulisan akan dinilai olehNya, saya cuba sedaya upaya agar penulisan saya akan mencerahkan bukan mengusutkan pemikiran pembaca.  Oleh it, saya memohon seandainya ada bahagian penulisan ini yang kelihatan mengelirukan, silalah memberi komen agar kesalahan itu dapat disunting.

Terima kasih.

shah2873

stuck-kat.jpg

 Kasihan pada kucing tersangkut. Sumber:funny-cats.blogspot.com

Sejak 2-3 hari ini saya telah cuba menyambung penulisan tentang diskusi buku Detik-detik hidupku karangan Zainab al Ghazali. Saya telah pun menyiapkan tulisan tersebut. Tapi saya masih merasakan tidak bersedia untuk meletakkannya di dalam blog sebelum saya memastikan bahawa tulisan saya tidak disalah fahami. Bagi saya, lebih baik tidak faham daripada salah faham.

Kini saya masih mengusahakan untuk memberikan tulisan ini kepada beberapa orang sahabat yang dipercayai untuk meminta komen mereka sebelum diletakkan dalam blog ini.

Menuntut ilmu tidak sesukar menyampaikan ilmu. Inilah yang saya rasakan.

Apa pendapat anda?

“Detik-detik hidupku” adalah buku yang dikarang oleh salah seorang tokoh akhwat dari Ikhwanul Muslimin, Zainab al-Ghazali. Berbeza dengan buku-buku haraki yang lain, buku ini adalah penceritaan semula kisah hidup beliau dalam perjuangan menentang kepimpinan Mesir di kala itu, yang dianggap thoghut, yang membawa beliau ke penjara tentera, sebuah neraka di dunia.

Pertama kali saya melihat buku ini adalah sewaktu menziarahi tingkat 7, Alexendra Lodge, Rosepark. Dengan berkat usaha sahabat-sahabat yang akhirnya berjaya menukar level 7 daripada common room kepada surau. Pertama kali melihatnya, saya menyangkanya adalah tulisan haraki yang biasa. Maka ketika itu, minat saya belum sampai ke situ. Tambahan, kulitnya yang kelihatan “antik” menambahkan ketidak minat saya untuk membelek.

Kali kedua, saya melihatnya di Akademi Pengajian Islam UM sewaktu saya jualan buku bersempena Seminar Pembangunan Insan, anjuran Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Penerbit, Pustaka Salam telah menerbitkannya semula dalam bentuk yang lebih “compact” dan menarik. Tambahan, buku itu disusun sebaris dengan novel-novel seperti ayat-ayat cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan lain-lain. Barulah saya mengetahui, bahawa buku Detik-detik hidupku bukanlah seperti buku haraki yang lain, tapi adalah “novel” yang menceritakan kisah perjuangan Zainab Al-Ghazali.

Pembelian masih ditangguhkan atas sebab kewangan sehinggalah pada hari sabtu yang lepas. Terima kasih kepada sahabat saya, Mejat yang sudi menemani saya ke Pustaka Rezeki Harapan, di hadapan Masjid India. Kini, saya telah memiliki buku itu, dan hampir 2/3 telah dihabiskan.

Alhamdulillah, sekalipun kehebatan sastera Zainab mungkin tidak sehebat Kang Abik (el-Shirazy), (ataupun kelemahan penterjemah) isinya yang menceritakan kisah benar hidupnya pastinya datang daripada hati beliau. Hanya kisah daripada hati yang bisa menyentuh hati para pembaca.

3316746.jpg

Jamal Abdul Nasser, http://www.viewpages.com

Insyaallah moga hari ini saya akan berjaya mengkhatamkan buku itu dengan penghayatan.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ketabahan dan keberanian ukh Zainab al-Ghazali berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim, kesabaran para pejuang Ikhwan menghadapi neraka dunia di penjara, peranan keimanan dalam perjuangan, pertolongan Allah buat mereka yang membantu agama-Nya dan banyak lagi mutiara-mutiara yang dapat dikutip. Selain itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas sejarah perjuangan Ikhwan, kesan apabila Ikhwan diharamkan oleh pemerintah dan bagaimana para ikhwah dan akhwat menyusun kembali gerak kerja, silalah dapatkan buku ini.

Diterbitkan oleh Pustaka Salam, dengan harga tertera RM 14.50. Sekiranya anda membelinya di Pustaka Mukmin, Pustaka Rezeki Harapan ataupun Pustaka Fajar Ilmu Baru, (sekadar menyebut beberapa nama yang saya ketahui) sedikit diskaun mungkin boleh diminta.

Sekadar berkongsi… sebagai promoter tanpa berbayar =)

Sedikit petikan daripada buku itu.

Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Zainab Al-Ghazali mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki…”

“Aku yang sentiasa berada di puncak penderitaan dan seluruh tubuhku dipenuhi dengan luka-luka parah akibat penyeksaan, aku yang masih diselubungi oleh keletihan, masih mampu melawan binatang buas yang menerkamku. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa telah memberiku kekuatan ajaib..

Binatang buas yang dikisahkan adalah seorang askar yang ditugaskan oleh ketua penjara untuk mencabul kehormatan Zainab. Dengan izin Allah yang memelihara hambaNya, Zainab berjaya membunuh askar itu sekalipun dalam keadaan yang lemah, kesan daripada seksaan yang terus menerus kepadanya. Terpeliharalah kesucian dirinya. Subhanallah

P/S: Saya ingin bertanya kepada mereka yang tahu, adakah kisah ini sahih daripada pandangan displin ilmu sejarah? Sejauh manakah penulis-penulis sejarah Ikhwanul Muslimin menggunakan buku ini sebagai sebahagian daripada sumber rujukan?

shah2873

Next Page »